Monday, March 06, 2006

sembang-sembang sikit

assalamualaikum ....
Saya sekarang ni cuma masukkan jer, apa yang dalam bank penulisan saya sebelum ni.... saya tak edit pun lagi.... bacalah dan komenlah... tak kisah.. lepas ni saya baru nak edit... saja nak tengok blog baru dibuat ni penuh... sajak untuk ibu tu adalah idea selepas saya call mak kat m'sia... seronok... sebab mak baru lepas ngaji bagi saya dengar surah yg mak baru hafal... cerpen sayap kliri tu masa tu saya tengah mufajaah, nak hantar gak ke badan kebajikan anak negeri.. tulis dalam email terus hantar... saya copy kan jer masuk ke blogni... sajak kemerdekaan tu saya buat untuk adik-adik saya tahun lepas. Satu untuk k.ca dan satu lagi untuk dikyu... jadi lain kali saya masukkan lagi satu sajak tu... dan sajak di sebalik kemerdekaan itu, dah kena bedah di bengkel hari tu... al-jantani dan salha juga kekawan lain dah komen... tapi ok jer.. kalo ade sesapa nak komen lagi... ingat nak tambah lagi dari simpanan saya... ada hallah pula.. mufajaah... oklah jumpa lagi...

DI SEBALIK KEMERDEKAAN ITU

TANGGAL 31 bulan Ogos 1957
Negaraku merdeka
MERDEKA!
Itulah detik bahagia
Buat rakyatnya

Aku anak merdeka
Aku hanya mendengar
Sejarah kemerdekaan generasi lalu
Tempat darah tumpahnya
Jua tempat kelahiranku!

Kita merdeka
Kini tidak lagi dijajah
Bebas menjalani kehidupan
Tanpa kecaman dan penindasan
Sang penjajah

Kini kita bebas berfikir
Bebas bertindak...
Tidak lagi dikongkong dan dikerah

Namun...
Pada masa lalu...
Nenekku pernah bercerita
Hikmah disebalik penjajahan itu....

Kerana dijajah...
Rakyat sentiasa sedar dan...
Bangkit gah!

Kerana dijajah...
Rakyat sentiasa sedar tentang....
Haknya dicabuli....
Lantas....
Mara menuntut hak hakiki...

Kerana dijajah....
Rakyat terus mengejar
Kemerdekaan dan kebebasan....

Atuk mencelah...
Di sebalik batuk tuanya...
Di sebalik kemerdekaan
Ada kebimbangan...
Ada keresahan...
Ada kekecewaan...

Bimbang rakyatnya...
Tenggelam dalam kemerdekaan
Resah melihat....
Generasi yang mendatang
Menuntut kebebasan
Batasan yang melampaui
Hak hakiki
Kecewa dengan pemuda pemudi...
Tidak menghargai
kemerdekaan yang diperolehi
hilang harga diri
maruah dijual beli

Ibuku dan ayahku berpesan...
Langkahi hidupmu...
Bersama wawasan dan pegangan
Agar tidak tertewas dalam zaman kemerdekaan
Berbanding pejuang pada masa lalu
Menang dalam zaman penindasan dan tekanan...
wassalam.

Wednesday, March 01, 2006

kasihmu ibu

ibu, betapa dekatnya hatimu dengan ku
ibu, Tingginya harapanmu kepadaku
ibu, hebatnya rindumu terhadapku
ibu, sungguh bertuah ku menjadi anakmu

masih kuingat belai manjamu
kini ibu pula bermanja denganku
dulu ibu mengajarku mengenal bacaan Kalam Allah
kini ibu pula yang bertanya hukum tajwid kepadaku

dulu ibu menangis-nangis membesarkanku dan adik-adik
kenakalan kami dan sakit lelah kami
kini ibu mampu tersenyum gembira
melihat hasil susah payahmu

anakmu semakin berjaya
anakmu membuktikan kasih sayang kepadamu
hatimu berbunga umpama orang yang baru jatuh cinta
hati girang bak rerama berterbangan

berdoalah ibu terus berdoa
agar Allah sentiasa pelihara kita
sentiasa menaungi kita
dihimpunkan kita kelak di tempat yang paling bahagia