Monday, March 06, 2006

DI SEBALIK KEMERDEKAAN ITU

TANGGAL 31 bulan Ogos 1957
Negaraku merdeka
MERDEKA!
Itulah detik bahagia
Buat rakyatnya

Aku anak merdeka
Aku hanya mendengar
Sejarah kemerdekaan generasi lalu
Tempat darah tumpahnya
Jua tempat kelahiranku!

Kita merdeka
Kini tidak lagi dijajah
Bebas menjalani kehidupan
Tanpa kecaman dan penindasan
Sang penjajah

Kini kita bebas berfikir
Bebas bertindak...
Tidak lagi dikongkong dan dikerah

Namun...
Pada masa lalu...
Nenekku pernah bercerita
Hikmah disebalik penjajahan itu....

Kerana dijajah...
Rakyat sentiasa sedar dan...
Bangkit gah!

Kerana dijajah...
Rakyat sentiasa sedar tentang....
Haknya dicabuli....
Lantas....
Mara menuntut hak hakiki...

Kerana dijajah....
Rakyat terus mengejar
Kemerdekaan dan kebebasan....

Atuk mencelah...
Di sebalik batuk tuanya...
Di sebalik kemerdekaan
Ada kebimbangan...
Ada keresahan...
Ada kekecewaan...

Bimbang rakyatnya...
Tenggelam dalam kemerdekaan
Resah melihat....
Generasi yang mendatang
Menuntut kebebasan
Batasan yang melampaui
Hak hakiki
Kecewa dengan pemuda pemudi...
Tidak menghargai
kemerdekaan yang diperolehi
hilang harga diri
maruah dijual beli

Ibuku dan ayahku berpesan...
Langkahi hidupmu...
Bersama wawasan dan pegangan
Agar tidak tertewas dalam zaman kemerdekaan
Berbanding pejuang pada masa lalu
Menang dalam zaman penindasan dan tekanan...
wassalam.

No comments: