Monday, May 28, 2012

WAHAI HATI

Jangan disangka sesuatu yang ada pada diri itu adalah hakmu yang mutlak 
Ketahuilah di sebalik apa yang diberikan kepada orang lain, itulah bahagian buatmu

Seandai Allah ambil sesuatu dari dirimu pasti ada hikmahnya
 kerana Allah Maha Adil lagi Maha Pengasih

Pastinya digantikan dengan yang lebih baik dan paling sesuai buat dirimu

Tidak semua yang terbaik itu adalah terbaik untukmu

Binalah sangka baik dengan Ilahi atas setiap apa yang berlaku

Pasti hatimu menjadi tenang dan berlapang dada
Demi mewujudkan rasa bahagia dunia dan akhirat